I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud ‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan.

Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza.

Grafik dikatakan sebagai sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.

Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.

Kepentingan Grafik

Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.

Format Fail Grafik untuk internet

Biasanya bagi penggunaan grafik di dalam internet, sambungan atau format fail yang biasa digunakan ialah GIF (Graphic Interchange Format) dan JPEG (Joint Photographic Expert Group).

· GIF (Graphic Interchange Format)

Format GIF biasanya menggunakan kaedah pemadatan algoritma dan ianya merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan bagi tujuan memadatkan sesuatu data dalam sistem komputer. Piawaian jenis ini telah dibangunkan pada tahun 1987 oleh CompuServe iaitu salah sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan papan buletin (bulletin board) yang terkemuka. Format penyimpanan fail grafik secara GIF sering digunakan untuk menyimpan grafik asas seperti ikon, butang, garisan atau imej-imej yang berbentuk kartun.

Fail yang menggunakan format GIF menggunakan format grafik 8 bit yang mana ini bermakna ia mampu memaparkan imej sehingga 256 warna yang berbeza. Ini membolehkan satu fail yang kecil dihasilkan dan ini merupakan antara faktor kenapa imej berformat GIF sering digunakan bagi tujuan pindah terima memerusi talian internet.

Walaupun imej GIF agak kecil dan tidak memerlukan masa pemindahan terima yang tinggi namun ianya mempunyai satu kelemahan di mana ianya tidak boleh digunakan bagi grafik yang mempunyai lebih dari 256 warna.

· JPEG (Joint Photographic Expert Group)

Format jenis ini direka untuk memberikan kesan yang lebih baik daripada GIF dalam sesetengah keadaan. Ini memandangkan JPEG menggunakan teknik pemadatan algoritma yang lebih baik berbanding dengan GIF dan sekaligus menghasilkan satu fail grafik yang saiznya lebih kecil dan padat berbanding GIF.

Salah satu kegunaan utama fail berformat JPEG ini adalah untuk menyimpan fail bagi gambar sebenar. Ini adalah kerana JPEG mampu mengendalikan imej-imej yang mempunyai kedalaman warna yang tinggi (sehingga 16.7 juta warna) tetapi dalam masa yang sama ianya tidak memerlukan ruang storan yang terlalu besar.

Format Fail Grafik Yang lain

· BMP (Bitmap)

BMP merupakan antara format fail yang paling lama wujud iaitu sejak sejak kemunculan sistem pengoperasian Microsoft Windows 3.0. Ia sesuai untuk menyimpan grafik dalam kualiti yang tinggi kerana ia tidak cuba untuk memadatkan sesebuah imej tersebut. Ini menyebabkan kebanyakan fail grafik yang menggunakan format ini mempunyai saiz fail yang agak besar. Kelebihannya, kebanyakan perisian grafik yang asas boleh menerima ofrmat fail ini.

· TIFF (Tagged Image File Format)

TIFF telah dibangunkan oleh Aldus Corporation pada tahun 1986 dan ianya khas digunakan bagi tujuan menyimpan fail imej yang dihasilkan oleh peranti-peranti seperti pengimbas imej (scanner), frame grabber ataupun perisian-perisian grafik. Kini ia merupakan antara piawaian atau format fail grafik yang serbaguna dan diterima dengan meluas bagi tujuan-tujuan mengubahsuai bagi imej-imej warna, hitam putih dan sebagainya.

· PICT

PICT merupakan format fail yang sering digunakan pada komputer jenis Macintosh. Ia bukanlah merupakan acronym (singkatan) daripada mana-mana perkataan. Format fail ini muncul kali pertama pada tahun 1984 dan diperkenalkan oleh sebuah perisian grafik iaitu MacDraw. Format fail ini sesuai untuk kerja-kerja persembahan, paparan pada skrin mahupun untuk kerja-kerja video digital. Format PICT boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan fail bitmap mahupun vektor.

· TGA (Targa)

TGA merupakan format grafik yang pertama mampu menampung imej dengan resolusi yang tertinggi (24-bit atau 16 juta warna). Ia juga sering digunakan dalam penghasilan video digital dari imej statik.

· EPS (Encapsulated PostScript)

EPS merupakan format fail yang piawai bagi menyimpan ilustrasi PostScript yang mempunyai resolusi yang tinggi. Format jenis ini juga sesuai digunakan bagi meyimpan imej pada komputer yang menggunakan sistem Macintosh mahupun Windows bagi tujuan persembahan secara elektronik.

· WMF (Windows Metafile Format)

Format ini digunakan bersama – sama dengan sistem pengoperasian Microsoft Windows dan sering digunakan bagi menyimpan imej jenis vektor terutamanya “clipart”. Imej yang mempunyai format ini kurang digunakan kerana tidak banyak sistem komputer perisian yang menyokong format fail jenis ini.

Jenis-jenis Grafik

Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.

  • Fotograf (Gambar Foto)

Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Pita video warna, gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan di dalam sesuatu komunikasi. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik.

  • Lukisan

Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Namun demikian, ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak.

  • Kartun

Sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna. Ia juga sering digunakan sebagai watak pengacara di dalam sesebuah aplikasi multimedia yang menbantu serta membimbing pengguna disepanjang perlajanan sesebuah aplikasi.

  • Diagram

Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang sebenar.

  • Graf/Carta

Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.

Perisian-perisian Grafik

Sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal (dari hasil imbasan misalnya) biasanya perlu diubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan di dalam pembangunan sesebuah projek multimedia. Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini sama ada dari sudut saiz, warna, kesan khas, lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakan perisian bahasa gubahan. Namun adalakanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi menghasilkan kerja grafik yang berkualiti tinggi. Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah :

(i) Microsoft Paint atau Paint Brush

(ii) Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator

(iii) Corel Draw

(iv) Painter 3D

(v) Macromedia Freehand

(vi) Micrograft Designer

(vii) Autucad

Arts & Design Careers - Graphic Design, Game Design and Web










Apa perasaan anda sebagai seorang designer atau yang baru berjinak-jinak dengan dunia design apabila seringkali menerima ucapan “Design kau tak cantiklah labuu!

Situasi ini mungkin biasa terjadi kepada mana-mana designer. Malahan ramai designer baru yang mengeluh dengan maklumbalas yang mereka terima. Ucapan ringkas yang sungguh menghiris rasa dan melemahkan semangat.

Walau bagaimana pun, dunia design sememangnya begini. Adakalanya kita akan menerima kata-kata yang tidak sedap didengar terhadap hasil kerja yang kita persembahkan. Seorang designer senior akan sering berpesan kepada designer baru supaya tabah dan kental dengan kritikan serta kutukan. Malah, semasa di dalam pembelajaran di IPT juga perkara ini sudah diterapkan apabila pelajar diminta mempersembahkan projek mereka. Panel penilai akan menguji ketahanan mental anda dengan bertubi-tubi. Mereka akan cuba menjatuhkan defensif mental anda. Anda harus bijak berkarya dan mempertahankan karya anda secara rasional bukan dengan emosional.

Realitinya, apabila anda berkerja di sesebuah organisasi, anda perlu mempersembahkan hasil kerja anda kepada majikan atau kepada klien. Apa juga yang anda design, anda harus tahu apa rasional di sebalik setiap sesuatu daripadanya. Jika tidak, anda belum cukup bijak lagi memahami erti karya anda sendiri. Kalau anda tidak boleh menerangkan tentang karya anda, jangan harap orang lain akan automatik faham. Designer harus mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi jika ingin berada di tahap yang tinggi. Kalau gagal menguasasi kemahiran ini, anda mungkin hanya akan duduk di takat bawah dan menjadi ‘designer suruhan’ sahaja.

Berbalik kepada dilema di atas, anda sebagai designer, cuba bayangkan sekiranya 90% setiap kali design yang anda hasilkan menerima ucapan “design kau tak cantiklah!”. Atau, sebaliknya cuba bayangkan sekiranya 90% setiap kali design yang anda hasilkan menerima ucapan “design kau best, nice dan cantik!“.

Sebagai designer anda harus peka terhadap klien secara keseluruhannya, tidak semestinya kepada kehendak dan permintaannya sahaja. Anda harus peka kepada jenis klien, jenis bisnes, tahap pemikiran klien, tahap pengetahuan klien, perangai dia, kerenah dia dan juga expectation klien. Adakalanya, berfikir di luar kotak mampu memuaskan hati klien. Tapi adakalanya tidak juga.

Seharusnya designer kena ada sifat memerhati (observant). Kerana itulah kita belajar communication - direct dan indirect communication.

Designer adalah umpama problem solver.
Berikan satu penyelesaian yang terbaik.


Designer adalah umpama problem solver. Masalah diberikan oleh klien. Anda harus selesaikan. Bagaimana nak selesaikan? Pertama sekali, anda harus fahamkan betul-betul masalah klien tersebut. Supaya, anda mampu memberikan satu penyelesaian yang terbaik berdasarkan masalah klien tersebut. Ini akan mengelakkan daripada berlakunya situasi ‘design syok sendiri’ – anda buat sesuka hati anda sendiri.

Memang designer ada style dan trademark design yang tersendiri. Contohnya ada designer yang suka kepada style ‘grunge‘. Siapa sahaja yang melihat design beliau mesti akan kenal hasil kerja beliau. Tetapi, dia tidak boleh ‘grunge all the way’…sampai lari konsep yang dikehendaki oleh klien. Melainkan beliau adalah artis solo – tiada majikan dan menghasilkan karya seni sendiri untuk dijual.

Pokok pangkalnya, kerja designer adalah untuk memuaskan hati orang – klien. Bukan hanya sekadar memuaskan hati sendiri. Hati designer akan terpuas apabila klien puas hati.

Jadi, kalau setiap kali anda membuat design dan 90% daripadanya akan menerima ucapan yang tidak memuaskan, sila semak semula diri anda.

Mengikut pemerhatian, ramai designer ada masalah di bahagian-bahagian berikut:

1. Taipografi – jenis font, cara letak font, font styling, font formatting
2. Layouting – selalu tak reti nak buat margin, mana keutamaan, mana kurang keutamaan
3. Warna – warna adalah simbol juga – korporat, mood, suasana, emosi
4. Detail – nak cantik, kerja kena detail…nak detail, kena rajin

Walau apa pun, hati mesti tabah dan kental. Resepi kejayaan dan kesempurnaan itu adalah praktis…praktis…dan terus praktis.

Selamat jadi designer!

Tentang aku la
Hi guys .Firstly I would like to start with I’m really sorry that I don’t know how describe about myself plus it will be just a waste of my time to write longer sentences. I think it’s a better idea if you ask my buddies about me, because they really know me better then my self. Anyway, don’t forget to drop your comments down there. Thanks for spending your time reading my profile. PLEASE BE MORE UNDERSTANDING PEEPS. IM BUSY BECAUSE OF THESE FOLLOWING THING THAT I DID EVERY SINGLE DAY AND THAT IS:
1.GO TO SCHOOL
2.STUDY GROUP WITH MY FRIENDS
3.REPLYING FACEBOOK COMMENT WITH FUCKING CAPTCHA
4.REPLYING MYSPACE PRIVATE MESSAGE
5.REPLYING YAHOO MESSENGER
6.APPROVING FRIEND REQUEST
7.DESIGN T-SHIRT AND LOGO
8.SEARCH FOR COOL VIDEO'S ON YOUTUBE
9.ANSWERING CALL
10.REPLYING SMS
11.WENT POST OFFICE
12.DOWNLOADING COOL STUFF
13. DO SOME JUMPSTYLE SONG TO MY GROUP
14.TAKE A HEAT WITH MY DUDE
15.GO TO PRADE,LANGKAWI FAIR AND PASAR MALAM BUYING SOME FOOD WITH ALL THESE THINGY, SO WOULD U PLZ UNDERSTAND!!! NO HEART FEELINGSS...!!

6ber tpown:tgk lam facebook lor...hahah^_^
>>Firdaus_lgk@yahoo.com(facebook)<<
>>Angel_firdaus88@yahoo.com(myspace)<<